"salam awak" urm..ada orang negor aku di chating box..
Aku pun layan le..sambil nunggu anak aku buat soalan latih tubi BM...borak punya borak...dah nak kul 7 pagi..akhirnya dia ajak aku menjadi 'kapel dia'..aku cakap nanti aku kasi jawapan lepas raya.
Subuh tadi aku on fb..
"hi awak" dia sapa aku dulu...
"eh awak lagi"..
"mcm mana, nak tak terima saya"
" eh..kan jawapan lepas raya" aku tegaskan lagi..namun dalam hati aku..dah ada jawapan yg aku tak akan tima dia..dia budak lagi..baru 22 tahun..remaja lah! status anak pada aku..walaupun 2 tahun dulu aku penah bercinta ngan budak kolej yang baru berumur 20 tahun. Aku tak mo dah melalui cerita demikian lagi..sebabnya sume akan berakhir dengan kesedihan dan sakit hati..
" awak cakap betul2 awak..saya suka kat awak, saya akan bahagiakan awak dengan apa yang saya mampu selagi tulang 4 kerat saya masih kuat..awak, caya saya sumpah atas nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW...saya betul2 cintakan awak"...
"awak jangan cakap sumpah..tak baik la.."
Hish.. cam serius betul budak ni..ex- suami aku dulu pun tak la secepat ni ungkap kata-kata cinta walaupun dulu tu 6 tahun kami 'kapel'.
"tapi..saya tak cintakan awak,saya tak mudah jatuh cinta ngan orang" aku tegaskan lagi..
"kalau pasal umur awak..saya tak kisah..awak.. i really love u"
![]() |
"tapi saya tak sayangkan awak..saya tak cintakan sesiapapun kecuali anak2 saya..awak jangan marah ye.." nampaknya budak ni semakin menekan aku.. "awak baru kenal saya 1 jam..dah nak mintak jadi kapel?" aku menyoalnya...
"ye..sbb saya tak mahu awak jatuh ke tangan org lain...saya tenang dengan awak "
Secara baik aku harus tolak permintaannya..bukan apa..hati aku ni sebenarnya suka pada orang lain..orang tu ada lam fb ni jugak..cuma aku je yang tak jujur dan berterus-terang pada mamat ni..saje kut aku nak test market..
"buat apa saya nak marah..tapi awak ingat ye..saya betul2 cintakan awak dari lubuk hati saya yang paling kecil..dalam hati saya ni...maka kecewalah hati ini awak menolak cinta saya..apa boleh buat" slow je nada budak ni...
"tapi boleh ke saya nak kol awak.....plzzzzzz"
"nanti raya saya kasi nombor" sekali lagi aku berjanji ngan dia...
Esok dia pasti tunggu aku lagi...

No comments:
Post a Comment